
Semalam aku menghantar kereta aku untuk di cat baru. Proton Wira sedan 1.5 4G91AT. Semenjak aku membeli kereta ini pada 2002, dan tukar enjin pada tahun lepas barulah aku berkesempatan untuk memanjakan kereta aku nih. Minggu lepas kereta aku menjalani proses transformasi sistam gantungan @ suspension daripada sistem 1.3 kepada sistem 1.8. Penyerap hentakan minyak APM 1.6 diadun bersama lingkaran spring Proton Waja 1.6 berjaya menaikkan ketinggian kereta aku pada tahap yang lebih stabil. Dulu kereta aku agak rendah dibahagian hadapan kerana menampung enjin DOCH 16V bertansmisi automatik yang memang berat.
Selepas itu aku menaiki kenari bersama Pn Sabrina dan terus ke Metro Kajang Plaza untuk proses yang tidak kurang pentingnya iaitu window shopping dan makan-makan. Hajat dihati nak beli PS2 tetapi apakan daya, mahal lagilah. RM599.00 + 40 games percuma. Alahai dah laa cat kereta nih aku kena RM2,310.00!!! Mana tak mahal, cat metalik luar dan dalam dan bonet depan, bonet belakang serta bumper belakang turut bertukar baru. Selepas itu bahagian lantai kereta aku akan dicat bahan anti karat untuk mengelakkan bahagian yang basah menjadi karat. Aku sayangkan kereta aku nih walaupun dah berusia 12 tahun (tahun 95), pasal kerana sepanjang dia berkhidmat untuk aku, jarang buat hal kat luar. Kalau rosak pun kalau tak dekat rumah, dia akan rosak dekat tempat berhampiran rumah. Alhamdulillah!!!
Aku kenal Pn Sabrina masa gunakan kereta nih. Masa berdating, tunang, sampailah kawen dan ada Mia Nur Khalilah kereta ini tanpa jemu menaburkan bakti untuk kami sekeluarga. Tak lupa masa emak aku sakit, sampai ke Johor kereta ni membawa kami sekeluarga. Banyak betul kenangan manis aku bersama kereta ini.
Aku berazam untuk terus menyimpan kereta ini selagi keadaan mengizinkan. Walau pun selepas ini kalau ada rezeki aku akan membeli MPV yang besar untuk kami sekeluarga. Aku akan tetap akan memandu dikau wahai kereta ku sayang. Muahhhh……